SUPER GEDIK
6. Jom Berkhemah!
Super Gedik meneliti surat yang diterima oleh
mereka. Ina beberapa kali menggosok mata. Tak percaya! Fatihah mengesat air
mata kerana tidak dapat menahan kesedihan. “biar betul!” Awyuni membuntangkan
matanya.
Manakan
tidak Super Gedik tidak terkejut, surat itu
adala surat
lawatan ke hutan! Sesiapa yang mendapat surat
itu diwajibkan pergi. Salah seorangnya ialah Super Gedik!
“no..
saya tak percaya. Apa kata kita berjumpa dengan Cikgu Shazi Sham, cakapyang
kita alah dengan hutan!” Fatihah mengerutkan dahi. Air matanya berair. “owh…
nak beritahu Cikgu Sham? Please, nanti tak pasal-pasal kita tak ada meja khas,”
Tasha shina mengggelengkan kepalanya.
“but
Tasha, saya tak mahu jatuhkan maruah Super Gedik! Nanti kita dipanggil Super
Gila Hutan! Hish..” Awyuni menggelengkan kepalanya. “so what? Cikgu Sham tak ada sekarang.
Meeting. Terima sajalah,” Ina mendagu.
Awyuni
terpaksa akur. Tunggu sahajalah minggu depan. Mereka akan menjejak hutan! Owh..
ngeri!
*********
“okey
Super Gedik dan yang lain, dah ready?” kening Cikgu Osman diangkat. Seperti
memerli Super Gedik. “takk..” selamba Yuyu berkata. Bibirnya dicebik geram!
Bas
bewarna kuning sudah tiba. Terbuntang mata anak-anak orang kaya apabila melihat
bas yang buruk itu. “serius?” Yuyu meneguk air liur. Tidak percaya.
“serius
S.G. 4 orang gadis ini akan merasmikan bas ini, masuk,” Ahmad menjerit. Fatin
dan Furisha Titani ketawa terkekek-kekek.
“apa?! Jangan main-main dengan kami ya! Nanti tak pasal-pasal kasut saya
yang berjenama ni masuk dalam mulut kau Ahmad!” Awyuni bercekak pinggang. Siap
memberi peringatan hebat!
“dahh..
Ahmad, kamu rasmikan bas ini. Apalagi? Masuk!” Cikgu Osman mengenyitkan mata
kanannya. Ahmad mendabik dada. Dengan muka jenis sposen, dia mengorak langkah
masuk ke dalam bas bewarna kuning. “ehhemm.. saya adalah pemandu pelancony ya?!
Masuk.. silakan..” selamba Ahmad berkata.
Habis
30 orang pelajar termasuk Super Gedik ketawa terkekek-kekek.
1 JAM KEMUDIAN…
“okey,
kita sudah sampai ke tempat yang kita nak tuju,” Puan Izara Esha yang memakai
topi bewarna hitam, secantik Izara Aishah tersenyum manis. “cikgu, kita turun
ni bukan terus ke dalam hutan kan ?”
Yuyu menyoal. Suaranya juga tersekat-sekat. Seperti orang yang dalam ketakutan.
“
tak adalah Yuyu. Kita akan ke hutan kat depan tu. Bas ni mana boleh masuk
hutan!” Encik Osman menyampuk. Beliau dari bas yang kedua, bas untuk pelajar
lelaki. Yuyu mencebik geram. “yelah cikgu!” Yuyu berkata. Encik Osman tersenyum
nipis. Memang Encik Osman guru yang sporting. Suka bergaul dengan pelajar
sekolah.
Semua
pelajar turun Dari bas masing-masing. Beg yang berada di dalam perut bas
dikeluarlan satu per satu. “Awyuni! Serius ni? Beg awak macam nak pergi
melamcong dekat London !”
terbuntang mata Ina apabila memandang beg Awyuni. Beg besar yang bewarna hitam. Selepas itu, beg jenama Elle
juga turut ada. Banyak! “hishh.. Ina! Macamlah awak tak tahu saya isi apa. Ada losyen, krim pelembab,
pelembab bibir, pengilat kuku, bedak, baju, kasut!” Awyuni memberitahu isi
dalam begnya. Nasib baik separuh je! Jangan sampai masuk yang ehemm..ehemm.. ^^
“tengok
beg orang lain, taklah sebesar awak. Kita duduk kat sini 3 Hari 2 Malam sahaja!
Bukan 30 hari,” Tasha Shina menggelengkan kepala. Begnya tidaklah sebesar beg
Awyuni.
Fatihah
mencuit Tasha Shina. “jomlah! Diorang dah gerak tu,” mulut Fatihah dijuihkan ke
arah 26 orang pelajar termasuk Puan Izara Esha, Encik Osman, Encik Rezal Hakim dan
Puan Sarah sudah bergerak ke arah jambatan yang berada di sungai.
“aaargghhh!!!
Cikgu! Mana dia punya tempat pemegang tangan?” soal Awyuni apabila melihat
jambatn itu hanya ada jambatan semata-mata. Dia tempat untuk pemegang di kira
kanan tu. Aduh! Tak tahulah nak cakap macam mana! Haha!
“lalu
sahaja Awyuni. Tidak ada buaya. Kalau jatuh pun, cetek je air,” Puan Sarah
berkata seraya tersenyum sinis. Senyuman mengejek! “no! cikgu patut sediakan
jambatan yang lebih perfect than this,” Awyuni menggelengkan kepalanya. Yuyu
mengetap bibir menahan jeritan yang ingin keluar dari mulutnya yang blink bak
delima itu.
Ina
selamba menggalas begnya melalui jambatan diikuti oleh Tasha Shina. “girls,
lets go. You all nak tidur dekat situ ke? Okey, fine!” Tasha Shina menyoal
Yuyu, Fatihah dan Awyuni yang masih tercegak di tepi sungai. Tidak mahu melalui
jambatan maut itu.
“girls,
lets go! Kita terpaksa,” Awyuni memberi arahan. Mahu tidak mahu, Yuyu dan
Fatihah terpaksa mendengar cakap Awyuni. Perlahan-lahan mereka bertiga melalui
jambaran maut itu!
Puan
Izara Esha mengarhkan 30 orang pelajar itu berkumpul dengan membuat 4 barisan.
2 barisan lelaki dan 2 barisan perempuan. “okey, kita dah sampai ke destinasi!
First yang kita akan buat ialah….pasang kemah!” Puan Izara Esha menunjukkan ke
arah kemah yang masih belum dipasang. Masih berada di dalam beg!
“today,
kita akan belajar pasang khemah ye?” Puan Sarah berkata. Dia memilih 10 orang
untuk tidur satu khemah. 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.
Ada 6 khemah.
Yang lebih tu untuk guru ya?!
“Yuyu,
Awyuni, Ina, Tasha dan Maisarah akan tidur satu khemah ye? Yang lain tu
bersama. Ok! Ambil khemah,” Encik Rezal Hakim berkata. Beg khemah diberikan
kepada Tasha. “Tasha, awak ketua khemah!” Encik Rezal Hakim tersenyum.
Terkedu
dibuatnya Tasha Shina. What! Ketua? Tapi.. bagus juga ye? Haha..
“Maisarah,
pasang khemah ni! Ini arahan. Saya ketua,” Tasha Shina menyalahgunakan
kuasanya. “but.. kita kena buat bersama..” Maisarah terasa serba salah. Nada
suara juga tersekat-sekat. Takut ingin memberitahu Tasha Shina, ahli Super
Gedik yang disegani lagi digeruni.
“hello
Maisarah! Kau tukan dulu masuk khemah! Tidak mustahilkan?” Yuyu menyampuk gaya gedik. Siap bercekak
pinggang.
Awyuni
dan Fatihah pula sibuk menyapi losyen di lengan masing-masing. Maisarah
menundukkan kepalanya. Perlahan dia mengambil beg tersebut. Lipatan gulung
khemah dibuka perlahan-lahan. “Maisarah.. saya tolong ye?” Ina tersenyum nipis.
Maisarah mengangguk! Dia memang tahu yang Ina memang baik hati. Tidak sejahat
Super Gedik.
Ina
sudah pun meminta kebenaran Awyuni untuk pasang khemah. Katanya, takut Maisarah
letak benda di tempat tidur mereka nanti. Itulah tektik Ina!
Batang-batang
besi daripada beg tersebut dikeluarkan. Besi besi tersebut dimasukkan ke dalam
lubang-lubang khas yang tersedia ada di khemah tersebut. Besi tersebut
digunakan untuk mengukuhkan khemah agar berdiri tegak.
“cucuk
hujung besi tu ke dalam tanah,” Ina mengarah. Maisarah menurut perintah dengan
senang hati. “siap!” Ina tersengih. “Ina, awak memang pandai pasang khemah ya?”
soal Maisarah.
“yap!
1 tahun sekali, saya dengan keluarga sebelah ibu akan keluar berkhemah. Saya 3
tahun dah pandai pasang khemah! Hebatkan saya?” Ina mengangkat bakul sendiri.
Maisarah mengangguk laju.
“S.G!
khemah dah siap,” Ina menjerit nyaring. Serentak Super Gedik berpaling ke arah
Ina. Mereka bertiiga bangun seraya mengambil beg dan masuk ke dalam khemah.
“pilih tempat yang paling selesa!” Awyuni mengarah.
“dekat
tengah ni! Maisarah, awak duduk dekat paling hujung ya? Yang dekat dengan
hutan!” Yuyu menjeling Maisarah. Dia hanya mengangguk kecil seraya mengangkat
begnya dan diletakkan di hujung khemah. “Ina, awak duduk dekat hujung juga ya?
Jangan risau, saya bawak bantal golek untuk awak,” Tasha mengeluarkan bantal
golek bersaiz kecil dari dalam begnya seraya diserahkan kepada Ina. Terkedu
dibuatnya Ina. Serius!!
“Beg
semua letak dekat atas kepala! Keluarkan kipas tangan. Jangan lupa letak losyen
di sebelah ya. Ina, jam loceng tu jangan lupa set pukul 5:30 pagi! Keropok
segala keropok jangan lupa ye?! Nanti kalau makanan tak sedap, boleh kita
makan,” panjang arahan Awyuni.
Konco-konconya
hanya menurut perintah ketua yang dihormati. Tiba-tiba, kedenaran bunyi wisel
ditiup. Itu pasti wisel milik Encik Rezal Hakim yang memang suka meniup wisel!
“assalamualaikum.
Okey, sekejap lagi kita nak solat Zohor! Selepas itu kita makan nasi lemak.
Nyummyy.. hehe.. okey, pelajar perempuan ikut Cikgu Izara untuk ke tempat mengambil
air sembahyang dan tempat mandi. Boleh mandi teruslah. Yang lelaki ikut cikgu.
Ingat! Ikut cikgu..” Encik Rezal Hakim membuat pengunguman. Selepas itu, wisel
ditiup.
“mandi?
Saya tak Nampak tandas pun!” Fatihah menyoal Yuyu. Dicuitnya bahu milik penolong
Super Gedik. “I don’t know!” Yuyu membuntangkan matanya.
Apabila
15 orang pelajar perempuan berkumpul di satu tempat, Puan Izara Esha dan Puan
Sarah membawa mereka semua ke tempat untuk mandi.
“what!!!”
Awyuni menahan jeritan nyaringnya. “kenapa what? Mandilah Yuni. Inilah tandas
kita..” Puan Sarah berkata. Bunyi juga sindiran pedas kepada Awyuni, anak Tan
Sri Muyiddin Ashin. “no way. Super Gedik tidak akan mandi dalam sungai. This is
not our standart!” Fatihah menggelengkan kepalanya. Dia mengundur setapak dari
sungai jernih yang mengalir.
“yukss..
entah-entah ada lintah,” Tasha Shina mengerakkan bahunya. Terbayah lintah yang
bewarna hitam belendir melekat di kaki untuk menghisap darah kotor! “Oh My God!
Lintah?!” terbuntang mata Ina mendengarnya. Dia juga selalu dengar dari mulut
abangnya yang memang aktif dalam aktiviti berkhemah. Abang Ina selalu cakap,
lintah suka tempat yang lembab.
“tak
adalah Yuni, Tasha, Ina and Fatihah. Sungai ni selamat. Nak buat berkumur pun
boleh. Masuklah. Ada
20 minit lagi untuk mandi,” Furisha Titani berkata dengan sopan. Siap membuka
ruang untuk Super Gedik lalu lagi. Fatin menjeling Furisha Titani apabila
melihat kawannya beradap sopan dengan musuh sendiri! “Furisha! Kenapa awak nak
hormat 4 orang gadis gedik ni?” buntang mata Fatin apabila menyaol Furisha
Titani. “err.. sorry! But, macam nilah caranya untuk kita masuk geng Super
Gedik kan ?”
soal Furisha bersahaja. Terasa mahu dicekik sahaja Furisha Titani ni. Tapi,
Fatin menahan sabar.
“girls,
kita tak ada cara lain! Kalau nak badan kita tak melekit, jom masuk,” Awyuni
terpaksa membuat keputusan maut! Terkedu dibuatnya ahli-ahli yang lain. Namun,
keputusan muktamad Awyuni tidak boleh ditolak. Mereka berempat masuk ke dalam
sungai dengan penub beradap lahi bersopan.
Mereka
berempat memlih untuk duduk di tepi sungai sahaja. Dari kaki hingga ke bahagian
lutut sahaja dimasukkan ke dalam sungai. Ina sesekali mengambil air dari sungai
menggunakan kedua belah tanganya seraya disapu ke muka. Segar!
“its
so fresh! Fatihah, I think you need to try it,” Ina tersengih. “sorry okey. Sampai bila-bila…”
belum sempat Fatihah menghabiskan ayatnya, dia melihat Awyuni sudah mencemar
duli masuk ke dalam sungai. Siap memercikkan air ke arah Yuyu dan Tasha Shina.
Ina
yang begitu teruja apabila melihat ketuanya sendiri masuk ke dalam sungai, dia
pun join dua kaki! Akhirnya, Super Gedik mencemar duli ke dalam sungai
tersebut.
*
* * * * * * *
“wow!
Its was so fresh! I really like it. Ini pertama kali saya mandi dalam sungai,”
Yuyu mengelap rambutnya yang basah. Dari tadi dia asyik tersenyum sampai ke
telinga. Awyuni mengangguk kecil. Sememangnya dia pun suka mandi dalam sungai.
Cuma, nak jaga reputasi, dia berdiam diri saja. “betul tu..” Awyuni bersuara.
Apabila melihat Yuyu mengaku, barulah dia pun mahu mengaku.
“look
girls. Indahnya ciptaan Tuhan! Kita harus menghargainya,” Ina tersengih.
Gembira apabila melihat rakan-rakannya yang kini sedar akan keindahan alam
semulajadi. Ni asyik duduk dekat Bandar je.
“yups!
Betul cakap Ina S.G. nanti kita masuk hutan esok,” Maisarah menyampuk. “hutan?”
terbuntang mata Tasha mendengarnya.”yap. its ok S.G. dekat sanan nanti kita
akan belajar tentang alam semulajadi,” Maisarah menjongket kening. “hei dekat sana tu! Cepatlah! Nak solat
Zohor tak?” jerit Puan Sarah yang sedang bersiap untuk memakai telekung.
Sememangnya
mereka sembahyang di tempat lapang. Di tengah-tengah tempat mereka hendak
berkhemah. Ish.. susah nak terang! Hehe..
Cepat-cepat
Super Gedik dan Maisarah mengambil kain sembahyang untuk solat Zohor.
5 MINIT KEMUDIAN..
Fatihah
menatap kosong nasi lemak di hadapannya. Langsung tidak selera makan nasi
lemak. Dia rindukan makanan jenis fast food di Bandar. Ina begitu berselera
menikmati nasi lemak. Dia juga berbual dengan Maisarah.
“
Fatihah, tak mahu makan?” soal Yuyu. Nasi lemaknya berbaki separuh lagi.
Fatihah mengangguk menandakan dia tidak mahu makan. “why?” soal Awyuni pula.
“pleaselah!
Makanan ni langsung tak ada dalam menu perut Fatihahlah!” Fatihah bersuara
keras. Terbuntang biji mata Awyuni mendengarknya.
“Fatihah,
bersyukur,” Awyuni menahan kemarahan. Dia cuba memujuk Fatihah agar
mengenyangkan perutnya dengan nasi lemak tersebut. Namun, usahanya gagal kerana
Fatihah tetap tidak mahu makan. Dia asyik membebel hendak menu pizza dan
makanan seafood. “kalau awak nak seafood, pergi tangkap ikan dalam sungai tu!”
Awyuni memerahi Fatihah seraya bangun. Bungkusan nasi lemak tersebut dibuang di
dalam plastic yang disediakan.
Awyuni
mengorak langkah ke paip untuk membasuh tangan. Yuyu mengikut Awyuni. “Fatihah,
kenapa dengan awak ni. Kalau perut kosong, awak nak isi dengan apa?” soal Tasha
Shina. Pinggang Fatihah dicubit. “ouch! Ikut suka hati sayalah. Ada banyak makanan ringan
di dalam beg saya tu..” mulut Fatihah dijuihkan ke arah khemah bewarna biru
muda.
Awyuni
yang baru siap membasuh tangan mencuit bahu Fatihah. “ini arahan saya. Tiada
siapa yang boleh makan makanan ringan!” Awyuni memberi arahan keras. “Yuni,
saya rasa awak patut simpan makanan tu untuk masuk hutan nanti,” tiba-tiba,
Maisarah bersuara.
“what?
Hutan?” soal Awyuni. “yap! Kalau dalam perjalanan, bolehlah makan makanan tu..”
kepala Maisarah diangguk laju-laju. Terkedu dibuatnya Awyuni. Mata Yuyu tidak
terkelip-kelip. Terpaku bagaikan anak patung,
“euuuu…”
Tasha Shina bersuara. “bagus apa! Nanti kita boleh lawat air terjun,” Ina,
gadis yang lasak dan memang sudah biasa dengan hutan begitu bersemanga. Dia dan
Maisarah baru lepas membasuh tangan. “tapi.. be carefull with lintah ya? Kalau
terkena dekat kaki, dah tak boleh buang! Lekat je..” usik Ina sambil menjeling
nakal.
“Ina!!!”
jerit Yuyu. Ina dan Maisarah ketawa kecil. “its ok S.G. lintah tu boleh kita
buang. Asalakan tak duduk dekat tempat lembab,” Maisarah cuba
menenangkan Super Gedik. “awak siapa mahu beri ceramah kepada kami?” soal
Fatihah. Lagak bagai ketua terbesar. “Fatihah.. biarlah! Lagipun, dialah yang
membantu kita selama ni. Dia akan jadi pembantu kita untik 3 hari!” tiga jari
runcing Tasha Shina diangkat. Siap dengan kenyitan comelnya.
Puan
izara Esha menjerit memanggil nama ahli-ahli Super Gedik yang masih tidak
bergerak dari tempat duduk. “kamu di sana ..
cepat! Sekarang ni kita kena dengar ceramah dari petugas tempat ini,” jerit
beliau.
Super
Gedik bangun seraya berlari ke arah tempat 24 pelajar lain beratur.
“assalamualaikum,” seorang lelaki berpakaian ala-ala askar memberi salam dengan
nada yang nyaring. Cukup menakutkan. Seretamk 30 orang pelajar itu memberi
salam.
“nama
saya Encik Adli, ketua kem kamu semua! Di sini, saya ingin memberi sedikit
taklimat,” beliau memperkenalkan diri sebelum memberi taklimat. Encik Adli
mundar-mandir di hadapan 30 orang pelajar itu.
“kamu
semua Nampak lorong tu..” mulut Encik Adli dijuihkan ke arah sebatang lorong.
Lorong tersebut masuk ke dalam hutan. “itu kawasan larangan nombor satu! Kalau
nak masuk, esok kita masuk. Kalau saya Nampak sesiapa yang masuk tanpa
kebenaran, saya hokum agar tidur di situ,” Encik Adli membeliakkan matanya.
Suaranya cukup menggerunkan. Super Gedik juga mengunci mulut. Seram mendengar
suara Encik Adli.
“Nampak
tak air sungai dekat jambatan yang kamu semua lalu beberapa jam yang lepas?”
soal Encik Adli. Jari telunjuk kanannya dihalakan ke arah sungai yang mengalir
perlahan di bawah jambatan yang dianggap ngeri oleh Super Gedik. Mereka semua
mengangguk laju.
Encik
Adli tersenyum. “di situ ada air panas,” jari telunjuknya beralih tempat ke
arah batu bata bewarna kelabu yang tersusun rapi sebagai benteng. Batu tersebut
tidaklah dibina tinggi. Terdapat air yang turun di situ. “ha.. kat situlah ada
air panas. Dekat situ ja! Kalau dah lalau tempat lain dah sejuk. Kalau nak
sentuh pun boleh lagipun, taklah sepanas cerek!” Encik Afli memberi taklimat.
Mereka semua teruja kegembiraan.
Beliau
sambung lagi “nak mandi dekat situ?” soal beliau. Mereka semua mengangguk laju.
“boleh.. esok..” selamba Encik Adli berkata. Mereka semua tercebik. Tetapi
cebikan itu tidak lama kerana esok pun tetap akan tiba! Aahhh tidak sabar.
“wow! Kolam air panas. Best,” Tasha Shina meletakkan tangan ke dada.
“yap!
Kita kena bolos tempat tu dulu. Kita bolehlah mandi air panas. Macam dekat
Jepun kan ?”
soal Ina sambil mengenyitkan matanya. Maisarah tersengih. Fatihah mengeluh
kecil.
“euu.,
kotornya. Saya tak nak mandi dekat situ esok,” “fine Fatihah. Esok kita masuk
hutan. Kalau awak nak mandi dekat air sungai yang sejuk tu, mandi sendiri ya?
Ingat! Hutan ni ehemm sikit,” Ina sengaja menyakat Fatihah. Menyampah dengan
perangai Fatihah yang memang gedik!
Fatihah
tersentap. Benar juga kata-kata Fatihah. Dia melihat semua rakan sekolahnya yang
begitu teruja hendak mandi. Tidak sabar! “okey fine.. I masuk..” akhirnya
Fatihah mengalah.
“sekarang
ni bolehlah rehat!” arah Encik Osman. Super Gedik keluar dari barisan seraya
masuk ke dalam khemah. Awyuni
menghempapkan badannya di atas tilam yang dibawa dari rumah. Tilam bewarna
putih yang cukup gebu. Barulah selesa tidur di atasnya daripada tidur di atas
tanah yang memang tak selesa tu.
Bantal
yang gebu juga dipeluk erat. “Maisarah, pukul berapa kita nak pergi solat?”
tasha Shina menyoal. Sepatutnya dialah yang perlu mencari informasi tersebut,
tetapi dia menyuruh Maisarah pula.
“pukul
5,” jawab Maisarah. Dia sibuk menyusun beg-beg milik Super Gedik supaya khemah
lebih luas. “panasanya!” Fatihah mengomel. “panas? Nah kipas ajaib! Tekan
butang tu,” Tasha Shina menyerahkab kipas bewarna pink kepada Fatihah. Cukup
prihatin. Fatihah menyambutnya dengan gembira.
Butang
tersebut ditekan. Ahh.. nyaman! “thanks Tasha,” jerit Fatihah. Tasha Shina
mengangguk perlahan. “tak sabar tunggu esok!” Ina mendepakan tangannya.
Maisarah yang berada di sebelahnya ketawa kecil melihat karenah Ina.
“kenapa?”
soal Tasha Shina. Dia membetulkan duduknya. “nak mandi air panas dan terokai
hutan!” jawab Ina penuh bersemangat. “tahun ni awak tak masuk hutan ke?” soal
Awyuni pula. Berminat ingin mendengar cerita Ina.
Ina
mengetap bibir. Kepalanya diggeleng perlahan dengan penuh kemalasan. “ibu
dengan ayah sibuk sangat…” Ina berkata dengan nada suara perlahan.”tapi,
alhamdulillah, tahun ni saya dapat pergi! Lebih seronok, dengan Super Gedik!”
suara Ina bersuara ceria. Mungkin dia tidak mahu kawan-kawannya tahu akan nasib
keluarganya. Biarpun anak orang kaya, tetapi hidup Ina tidak pernah bahagia!
“air
panas tu panas sangat ke? Saya takut kulit melecur!” Yuyu menggosok lenganya.
Maisarah menggelengkan kepalanya. “tak.. rasa macam air panas dekat rumah
awak,” sampuknya selamba. Sudah mula berani untuk berbual bicara dengan Super
Gedik. “selamat…” Yuyu menggosok dada. “Maisarah, saya minta maaf sebab
tengking awak selama ni! Can we be a friend?” Tasha Shina menghulurkan tangan.
Terkedu Maisarah dibuatnya. Tapi, hulur
salam Tasha Shina dibalas dengan begitu mesra oleh Maisarah. Tangannya dihulur.
“rasa
macam Cuti-Cuti Malaysia ! Lawatan dekat Sabah !” Awyuni membuka bicara. Dia bangun dari tidurnya. “cuti-cuti
Malaysia ?
Hmm.. dengar macam bagus!” Yuyu menyampuk. Dia tersengih menayangkan giginya
yang putih lagi berseri.