Friday 23 November 2012

Super Gedik 6


        


        SUPER GEDIK



6. Jom Berkhemah!

                       Super Gedik meneliti surat yang diterima oleh mereka. Ina beberapa kali menggosok mata. Tak percaya! Fatihah mengesat air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan. “biar betul!” Awyuni membuntangkan matanya.

                       Manakan tidak Super Gedik tidak terkejut, surat itu adala surat lawatan ke hutan! Sesiapa yang mendapat surat itu diwajibkan pergi. Salah seorangnya ialah Super Gedik!

                       “no.. saya tak percaya. Apa kata kita berjumpa dengan Cikgu Shazi Sham, cakapyang kita alah dengan hutan!” Fatihah mengerutkan dahi. Air matanya berair. “owh… nak beritahu Cikgu Sham? Please, nanti tak pasal-pasal kita tak ada meja khas,” Tasha shina mengggelengkan kepalanya.
                      
                       “but Tasha, saya tak mahu jatuhkan maruah Super Gedik! Nanti kita dipanggil Super Gila Hutan! Hish..” Awyuni menggelengkan kepalanya.  “so what? Cikgu Sham tak ada sekarang. Meeting. Terima sajalah,” Ina mendagu.

                       Awyuni terpaksa akur. Tunggu sahajalah minggu depan. Mereka akan menjejak hutan! Owh.. ngeri!

                       *********

                       “okey Super Gedik dan yang lain, dah ready?” kening Cikgu Osman diangkat. Seperti memerli Super Gedik. “takk..” selamba Yuyu berkata. Bibirnya dicebik geram!

                       Bas bewarna kuning sudah tiba. Terbuntang mata anak-anak orang kaya apabila melihat bas yang buruk itu. “serius?” Yuyu meneguk air liur. Tidak percaya.

                       “serius S.G. 4 orang gadis ini akan merasmikan bas ini, masuk,” Ahmad menjerit. Fatin dan Furisha Titani ketawa terkekek-kekek.  “apa?! Jangan main-main dengan kami ya! Nanti tak pasal-pasal kasut saya yang berjenama ni masuk dalam mulut kau Ahmad!” Awyuni bercekak pinggang. Siap memberi peringatan hebat!

                       “dahh.. Ahmad, kamu rasmikan bas ini. Apalagi? Masuk!” Cikgu Osman mengenyitkan mata kanannya. Ahmad mendabik dada. Dengan muka jenis sposen, dia mengorak langkah masuk ke dalam bas bewarna kuning. “ehhemm.. saya adalah pemandu pelancony ya?! Masuk.. silakan..” selamba Ahmad berkata.
                      
                       Habis 30 orang pelajar termasuk Super Gedik ketawa terkekek-kekek.

1 JAM KEMUDIAN…

                       “okey, kita sudah sampai ke tempat yang kita nak tuju,” Puan Izara Esha yang memakai topi bewarna hitam, secantik Izara Aishah tersenyum manis. “cikgu, kita turun ni bukan terus ke dalam hutan kan?” Yuyu menyoal. Suaranya juga tersekat-sekat. Seperti orang yang dalam ketakutan.

                       “ tak adalah Yuyu. Kita akan ke hutan kat depan tu. Bas ni mana boleh masuk hutan!” Encik Osman menyampuk. Beliau dari bas yang kedua, bas untuk pelajar lelaki. Yuyu mencebik geram. “yelah cikgu!” Yuyu berkata. Encik Osman tersenyum nipis. Memang Encik Osman guru yang sporting. Suka bergaul dengan pelajar sekolah.

                       Semua pelajar turun Dari bas masing-masing. Beg yang berada di dalam perut bas dikeluarlan satu per satu. “Awyuni! Serius ni? Beg awak macam nak pergi melamcong dekat London!” terbuntang mata Ina apabila memandang beg Awyuni. Beg besar yang  bewarna hitam. Selepas itu, beg jenama Elle juga turut ada. Banyak! “hishh.. Ina! Macamlah awak tak tahu saya isi apa. Ada losyen, krim pelembab, pelembab bibir, pengilat kuku, bedak, baju, kasut!” Awyuni memberitahu isi dalam begnya. Nasib baik separuh je! Jangan sampai masuk yang ehemm..ehemm.. ^^

                       “tengok beg orang lain, taklah sebesar awak. Kita duduk kat sini 3 Hari 2 Malam sahaja! Bukan 30 hari,” Tasha Shina menggelengkan kepala. Begnya tidaklah sebesar beg Awyuni.         

                       Fatihah mencuit Tasha Shina. “jomlah! Diorang dah gerak tu,” mulut Fatihah dijuihkan ke arah 26 orang pelajar termasuk Puan Izara Esha, Encik Osman, Encik Rezal Hakim dan Puan Sarah sudah bergerak ke arah jambatan yang berada di sungai.
                      
                       “aaargghhh!!! Cikgu! Mana dia punya tempat pemegang tangan?” soal Awyuni apabila melihat jambatn itu hanya ada jambatan semata-mata. Dia tempat untuk pemegang di kira kanan tu. Aduh! Tak tahulah nak cakap macam mana! Haha!

                       “lalu sahaja Awyuni. Tidak ada buaya. Kalau jatuh pun, cetek je air,” Puan Sarah berkata seraya tersenyum sinis. Senyuman mengejek! “no! cikgu patut sediakan jambatan yang lebih perfect than this,” Awyuni menggelengkan kepalanya. Yuyu mengetap bibir menahan jeritan yang ingin keluar dari mulutnya yang blink bak delima itu.
                      
                       Ina selamba menggalas begnya melalui jambatan diikuti oleh Tasha Shina. “girls, lets go. You all nak tidur dekat situ ke? Okey, fine!” Tasha Shina menyoal Yuyu, Fatihah dan Awyuni yang masih tercegak di tepi sungai. Tidak mahu melalui jambatan maut itu.

                       “girls, lets go! Kita terpaksa,” Awyuni memberi arahan. Mahu tidak mahu, Yuyu dan Fatihah terpaksa mendengar cakap Awyuni. Perlahan-lahan mereka bertiga melalui jambaran maut itu!

                       Puan Izara Esha mengarhkan 30 orang pelajar itu berkumpul dengan membuat 4 barisan. 2 barisan lelaki dan 2 barisan perempuan. “okey, kita dah sampai ke destinasi! First yang kita akan buat ialah….pasang kemah!” Puan Izara Esha menunjukkan ke arah kemah yang masih belum dipasang. Masih berada di dalam beg!

                       “today, kita akan belajar pasang khemah ye?” Puan Sarah berkata. Dia memilih 10 orang untuk tidur satu khemah. 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Ada 6 khemah. Yang lebih tu untuk guru ya?!

                      “Yuyu, Awyuni, Ina, Tasha dan Maisarah akan tidur satu khemah ye? Yang lain tu bersama. Ok! Ambil khemah,” Encik Rezal Hakim berkata. Beg khemah diberikan kepada Tasha. “Tasha, awak ketua khemah!” Encik Rezal Hakim tersenyum.
                      
                       Terkedu dibuatnya Tasha Shina. What! Ketua? Tapi.. bagus juga ye? Haha..

                       “Maisarah, pasang khemah ni! Ini arahan. Saya ketua,” Tasha Shina menyalahgunakan kuasanya. “but.. kita kena buat bersama..” Maisarah terasa serba salah. Nada suara juga tersekat-sekat. Takut ingin memberitahu Tasha Shina, ahli Super Gedik yang disegani lagi digeruni.

                       “hello Maisarah! Kau tukan dulu masuk khemah! Tidak mustahilkan?” Yuyu menyampuk gaya gedik. Siap bercekak pinggang.

                       Awyuni dan Fatihah pula sibuk menyapi losyen di lengan masing-masing. Maisarah menundukkan kepalanya. Perlahan dia mengambil beg tersebut. Lipatan gulung khemah dibuka perlahan-lahan. “Maisarah.. saya tolong ye?” Ina tersenyum nipis. Maisarah mengangguk! Dia memang tahu yang Ina memang baik hati. Tidak sejahat Super Gedik.

                       Ina sudah pun meminta kebenaran Awyuni untuk pasang khemah. Katanya, takut Maisarah letak benda di tempat tidur mereka nanti. Itulah tektik Ina!

                       Batang-batang besi daripada beg tersebut dikeluarkan. Besi besi tersebut dimasukkan ke dalam lubang-lubang khas yang tersedia ada di khemah tersebut. Besi tersebut digunakan untuk mengukuhkan khemah agar berdiri tegak.

                       “cucuk hujung besi tu ke dalam tanah,” Ina mengarah. Maisarah menurut perintah dengan senang hati. “siap!” Ina tersengih. “Ina, awak memang pandai pasang khemah ya?” soal Maisarah.

                       “yap! 1 tahun sekali, saya dengan keluarga sebelah ibu akan keluar berkhemah. Saya 3 tahun dah pandai pasang khemah! Hebatkan saya?” Ina mengangkat bakul sendiri. Maisarah mengangguk laju.

                       “S.G! khemah dah siap,” Ina menjerit nyaring. Serentak Super Gedik berpaling ke arah Ina. Mereka bertiiga bangun seraya mengambil beg dan masuk ke dalam khemah. “pilih tempat yang paling selesa!” Awyuni mengarah.

                       “dekat tengah ni! Maisarah, awak duduk dekat paling hujung ya? Yang dekat dengan hutan!” Yuyu menjeling Maisarah. Dia hanya mengangguk kecil seraya mengangkat begnya dan diletakkan di hujung khemah. “Ina, awak duduk dekat hujung juga ya? Jangan risau, saya bawak bantal golek untuk awak,” Tasha mengeluarkan bantal golek bersaiz kecil dari dalam begnya seraya diserahkan kepada Ina. Terkedu dibuatnya Ina. Serius!!

                       “Beg semua letak dekat atas kepala! Keluarkan kipas tangan. Jangan lupa letak losyen di sebelah ya. Ina, jam loceng tu jangan lupa set pukul 5:30 pagi! Keropok segala keropok jangan lupa ye?! Nanti kalau makanan tak sedap, boleh kita makan,” panjang arahan Awyuni.

                       Konco-konconya hanya menurut perintah ketua yang dihormati. Tiba-tiba, kedenaran bunyi wisel ditiup. Itu pasti wisel milik Encik Rezal Hakim yang memang suka meniup wisel!

                       “assalamualaikum. Okey, sekejap lagi kita nak solat Zohor! Selepas itu kita makan nasi lemak. Nyummyy.. hehe.. okey, pelajar perempuan ikut Cikgu Izara untuk ke tempat mengambil air sembahyang dan tempat mandi. Boleh mandi teruslah. Yang lelaki ikut cikgu. Ingat! Ikut cikgu..” Encik Rezal Hakim membuat pengunguman. Selepas itu, wisel ditiup.

                       “mandi? Saya tak Nampak tandas pun!” Fatihah menyoal Yuyu. Dicuitnya bahu milik penolong Super Gedik. “I don’t know!” Yuyu membuntangkan matanya.

                       Apabila 15 orang pelajar perempuan berkumpul di satu tempat, Puan Izara Esha dan Puan Sarah membawa mereka semua ke tempat untuk mandi.

                       “what!!!” Awyuni menahan jeritan nyaringnya. “kenapa what? Mandilah Yuni. Inilah tandas kita..” Puan Sarah berkata. Bunyi juga sindiran pedas kepada Awyuni, anak Tan Sri Muyiddin Ashin. “no way. Super Gedik tidak akan mandi dalam sungai. This is not our standart!” Fatihah menggelengkan kepalanya. Dia mengundur setapak dari sungai jernih yang mengalir.

                       “yukss.. entah-entah ada lintah,” Tasha Shina mengerakkan bahunya. Terbayah lintah yang bewarna hitam belendir melekat di kaki untuk menghisap darah kotor! “Oh My God! Lintah?!” terbuntang mata Ina mendengarnya. Dia juga selalu dengar dari mulut abangnya yang memang aktif dalam aktiviti berkhemah. Abang Ina selalu cakap, lintah suka tempat yang lembab.

                      “tak adalah Yuni, Tasha, Ina and Fatihah. Sungai ni selamat. Nak buat berkumur pun boleh. Masuklah. Ada 20 minit lagi untuk mandi,” Furisha Titani berkata dengan sopan. Siap membuka ruang untuk Super Gedik lalu lagi. Fatin menjeling Furisha Titani apabila melihat kawannya beradap sopan dengan musuh sendiri! “Furisha! Kenapa awak nak hormat 4 orang gadis gedik ni?” buntang mata Fatin apabila menyaol Furisha Titani. “err.. sorry! But, macam nilah caranya untuk kita masuk geng Super Gedik kan?” soal Furisha bersahaja. Terasa mahu dicekik sahaja Furisha Titani ni. Tapi, Fatin menahan sabar.

                       “girls, kita tak ada cara lain! Kalau nak badan kita tak melekit, jom masuk,” Awyuni terpaksa membuat keputusan maut! Terkedu dibuatnya ahli-ahli yang lain. Namun, keputusan muktamad Awyuni tidak boleh ditolak. Mereka berempat masuk ke dalam sungai dengan penub beradap lahi bersopan.

                       Mereka berempat memlih untuk duduk di tepi sungai sahaja. Dari kaki hingga ke bahagian lutut sahaja dimasukkan ke dalam sungai. Ina sesekali mengambil air dari sungai menggunakan kedua belah tanganya seraya disapu ke muka. Segar!

                       “its so fresh! Fatihah, I think you need to try it,” Ina  tersengih. “sorry okey. Sampai bila-bila…” belum sempat Fatihah menghabiskan ayatnya, dia melihat Awyuni sudah mencemar duli masuk ke dalam sungai. Siap memercikkan air ke arah Yuyu dan Tasha Shina.

                       Ina yang begitu teruja apabila melihat ketuanya sendiri masuk ke dalam sungai, dia pun join dua kaki! Akhirnya, Super Gedik mencemar duli ke dalam sungai tersebut.

                       * * * * * * * *

                       “wow! Its was so fresh! I really like it. Ini pertama kali saya mandi dalam sungai,” Yuyu mengelap rambutnya yang basah. Dari tadi dia asyik tersenyum sampai ke telinga. Awyuni mengangguk kecil. Sememangnya dia pun suka mandi dalam sungai. Cuma, nak jaga reputasi, dia berdiam diri saja. “betul tu..” Awyuni bersuara. Apabila melihat Yuyu mengaku, barulah dia pun mahu mengaku.

                       “look girls. Indahnya ciptaan Tuhan! Kita harus menghargainya,” Ina tersengih. Gembira apabila melihat rakan-rakannya yang kini sedar akan keindahan alam semulajadi. Ni asyik duduk dekat Bandar je.

                       “yups! Betul cakap Ina S.G. nanti kita masuk hutan esok,” Maisarah menyampuk. “hutan?” terbuntang mata Tasha mendengarnya.”yap. its ok S.G. dekat sanan nanti kita akan belajar tentang alam semulajadi,” Maisarah menjongket kening. “hei dekat sana tu! Cepatlah! Nak solat Zohor tak?” jerit Puan Sarah yang sedang bersiap untuk memakai telekung.

                       Sememangnya mereka sembahyang di tempat lapang. Di tengah-tengah tempat mereka hendak berkhemah. Ish.. susah nak terang! Hehe..

                       Cepat-cepat Super Gedik dan Maisarah mengambil kain sembahyang untuk solat Zohor.

5 MINIT KEMUDIAN..

                       Fatihah menatap kosong nasi lemak di hadapannya. Langsung tidak selera makan nasi lemak. Dia rindukan makanan jenis fast food di Bandar. Ina begitu berselera menikmati nasi lemak. Dia juga berbual dengan Maisarah.

                       “ Fatihah, tak mahu makan?” soal Yuyu. Nasi lemaknya berbaki separuh lagi. Fatihah mengangguk menandakan dia tidak mahu makan. “why?” soal Awyuni pula.

                       “pleaselah! Makanan ni langsung tak ada dalam menu perut Fatihahlah!” Fatihah bersuara keras. Terbuntang biji mata Awyuni mendengarknya.

                       “Fatihah, bersyukur,” Awyuni menahan kemarahan. Dia cuba memujuk Fatihah agar mengenyangkan perutnya dengan nasi lemak tersebut. Namun, usahanya gagal kerana Fatihah tetap tidak mahu makan. Dia asyik membebel hendak menu pizza dan makanan seafood. “kalau awak nak seafood, pergi tangkap ikan dalam sungai tu!” Awyuni memerahi Fatihah seraya bangun. Bungkusan nasi lemak tersebut dibuang di dalam plastic yang disediakan.

                       Awyuni mengorak langkah ke paip untuk membasuh tangan. Yuyu mengikut Awyuni. “Fatihah, kenapa dengan awak ni. Kalau perut kosong, awak nak isi dengan apa?” soal Tasha Shina. Pinggang Fatihah dicubit. “ouch! Ikut suka hati sayalah. Ada banyak makanan ringan di dalam beg saya tu..” mulut Fatihah dijuihkan ke arah khemah bewarna biru muda.

                       Awyuni yang baru siap membasuh tangan mencuit bahu Fatihah. “ini arahan saya. Tiada siapa yang boleh makan makanan ringan!” Awyuni memberi arahan keras. “Yuni, saya rasa awak patut simpan makanan tu untuk masuk hutan nanti,” tiba-tiba, Maisarah bersuara.

                       “what? Hutan?” soal Awyuni. “yap! Kalau dalam perjalanan, bolehlah makan makanan tu..” kepala Maisarah diangguk laju-laju. Terkedu dibuatnya Awyuni. Mata Yuyu tidak terkelip-kelip. Terpaku bagaikan anak patung,

                       “euuuu…” Tasha Shina bersuara. “bagus apa! Nanti kita boleh lawat air terjun,” Ina, gadis yang lasak dan memang sudah biasa dengan hutan begitu bersemanga. Dia dan Maisarah baru lepas membasuh tangan. “tapi.. be carefull with lintah ya? Kalau terkena dekat kaki, dah tak boleh buang! Lekat je..” usik Ina sambil menjeling nakal.

                       “Ina!!!” jerit Yuyu. Ina dan Maisarah ketawa kecil. “its ok S.G. lintah tu boleh kita buang. Asalakan tak duduk dekat tempat lembab,” Maisarah cuba menenangkan Super Gedik. “awak siapa mahu beri ceramah kepada kami?” soal Fatihah. Lagak bagai ketua terbesar. “Fatihah.. biarlah! Lagipun, dialah yang membantu kita selama ni. Dia akan jadi pembantu kita untik 3 hari!” tiga jari runcing Tasha Shina diangkat. Siap dengan kenyitan comelnya.

                       Puan izara Esha menjerit memanggil nama ahli-ahli Super Gedik yang masih tidak bergerak dari tempat duduk. “kamu di sana.. cepat! Sekarang ni kita kena dengar ceramah dari petugas tempat ini,” jerit beliau.

                       Super Gedik bangun seraya berlari ke arah tempat 24 pelajar lain beratur. “assalamualaikum,” seorang lelaki berpakaian ala-ala askar memberi salam dengan nada yang nyaring. Cukup menakutkan. Seretamk 30 orang pelajar itu memberi salam.

                       “nama saya Encik Adli, ketua kem kamu semua! Di sini, saya ingin memberi sedikit taklimat,” beliau memperkenalkan diri sebelum memberi taklimat. Encik Adli mundar-mandir di hadapan 30 orang pelajar itu.

                       “kamu semua Nampak lorong tu..” mulut Encik Adli dijuihkan ke arah sebatang lorong. Lorong tersebut masuk ke dalam hutan. “itu kawasan larangan nombor satu! Kalau nak masuk, esok kita masuk. Kalau saya Nampak sesiapa yang masuk tanpa kebenaran, saya hokum agar tidur di situ,” Encik Adli membeliakkan matanya. Suaranya cukup menggerunkan. Super Gedik juga mengunci mulut. Seram mendengar suara Encik Adli.

                       “Nampak tak air sungai dekat jambatan yang kamu semua lalu beberapa jam yang lepas?” soal Encik Adli. Jari telunjuk kanannya dihalakan ke arah sungai yang mengalir perlahan di bawah jambatan yang dianggap ngeri oleh Super Gedik. Mereka semua mengangguk laju.

                       Encik Adli tersenyum. “di situ ada air panas,” jari telunjuknya beralih tempat ke arah batu bata bewarna kelabu yang tersusun rapi sebagai benteng. Batu tersebut tidaklah dibina tinggi. Terdapat air yang turun di situ. “ha.. kat situlah ada air panas. Dekat situ ja! Kalau dah lalau tempat lain dah sejuk. Kalau nak sentuh pun boleh lagipun, taklah sepanas cerek!” Encik Afli memberi taklimat. Mereka semua teruja kegembiraan.

                       Beliau sambung lagi “nak mandi dekat situ?” soal beliau. Mereka semua mengangguk laju. “boleh.. esok..” selamba Encik Adli berkata. Mereka semua tercebik. Tetapi cebikan itu tidak lama kerana esok pun tetap akan tiba! Aahhh tidak sabar. “wow! Kolam air panas. Best,” Tasha Shina meletakkan tangan ke dada.

                       “yap! Kita kena bolos tempat tu dulu. Kita bolehlah mandi air panas. Macam dekat Jepun kan?” soal Ina sambil mengenyitkan matanya. Maisarah tersengih. Fatihah mengeluh kecil.

                       “euu., kotornya. Saya tak nak mandi dekat situ esok,” “fine Fatihah. Esok kita masuk hutan. Kalau awak nak mandi dekat air sungai yang sejuk tu, mandi sendiri ya? Ingat! Hutan ni ehemm sikit,” Ina sengaja menyakat Fatihah. Menyampah dengan perangai Fatihah yang memang gedik!

                       Fatihah tersentap. Benar juga kata-kata Fatihah. Dia melihat semua rakan sekolahnya yang begitu teruja hendak mandi. Tidak sabar! “okey fine.. I masuk..” akhirnya Fatihah mengalah.

                       “sekarang ni bolehlah rehat!” arah Encik Osman. Super Gedik keluar dari barisan seraya masuk ke dalam khemah.  Awyuni menghempapkan badannya di atas tilam yang dibawa dari rumah. Tilam bewarna putih yang cukup gebu. Barulah selesa tidur di atasnya daripada tidur di atas tanah yang memang tak selesa tu.
                      
                       Bantal yang gebu juga dipeluk erat. “Maisarah, pukul berapa kita nak pergi solat?” tasha Shina menyoal. Sepatutnya dialah yang perlu mencari informasi tersebut, tetapi dia menyuruh Maisarah pula.

                       “pukul 5,” jawab Maisarah. Dia sibuk menyusun beg-beg milik Super Gedik supaya khemah lebih luas. “panasanya!” Fatihah mengomel. “panas? Nah kipas ajaib! Tekan butang tu,” Tasha Shina menyerahkab kipas bewarna pink kepada Fatihah. Cukup prihatin. Fatihah menyambutnya dengan gembira.

                       Butang tersebut ditekan. Ahh.. nyaman! “thanks Tasha,” jerit Fatihah. Tasha Shina mengangguk perlahan. “tak sabar tunggu esok!” Ina mendepakan tangannya. Maisarah yang berada di sebelahnya ketawa kecil melihat karenah Ina.

                       “kenapa?” soal Tasha Shina. Dia membetulkan duduknya. “nak mandi air panas dan terokai hutan!” jawab Ina penuh bersemangat. “tahun ni awak tak masuk hutan ke?” soal Awyuni pula. Berminat ingin mendengar cerita Ina.

                       Ina mengetap bibir. Kepalanya diggeleng perlahan dengan penuh kemalasan. “ibu dengan ayah sibuk sangat…” Ina berkata dengan nada suara perlahan.”tapi, alhamdulillah, tahun ni saya dapat pergi! Lebih seronok, dengan Super Gedik!” suara Ina bersuara ceria. Mungkin dia tidak mahu kawan-kawannya tahu akan nasib keluarganya. Biarpun anak orang kaya, tetapi hidup Ina tidak pernah bahagia!

                       “air panas tu panas sangat ke? Saya takut kulit melecur!” Yuyu menggosok lenganya. Maisarah menggelengkan kepalanya. “tak.. rasa macam air panas dekat rumah awak,” sampuknya selamba. Sudah mula berani untuk berbual bicara dengan Super Gedik. “selamat…” Yuyu menggosok dada. “Maisarah, saya minta maaf sebab tengking awak selama ni! Can we be a friend?” Tasha Shina menghulurkan tangan. Terkedu Maisarah dibuatnya. Tapi,  hulur salam Tasha Shina dibalas dengan begitu mesra oleh Maisarah. Tangannya dihulur.

                       “rasa macam Cuti-Cuti Malaysia! Lawatan dekat Sabah!” Awyuni membuka bicara. Dia bangun dari tidurnya. “cuti-cuti Malaysia? Hmm.. dengar macam bagus!” Yuyu menyampuk. Dia tersengih menayangkan giginya yang putih lagi berseri.

Friday 9 November 2012

Cuti-Cuti sekolah!!!

  

School Holiday is coming! What did you feel? Tell me!!

I feel really W.O.W ..

Cause, this what i waiting for 10 month, 8 days! hihi~
Just that what di I want to write..

OhMyEnglish!!
 
© Copyright | All Right Reserved by Owner