Friday 8 June 2012

Super Gedik - SIRI.4


SUPER GEDIK

14.rancangan berjumpa Putera idola

                       Seper Gedik duduk terdiam di dalam bilik Tasha Shina. “girls, Putera Idola belum balas surat,” Ina mencebik. “its okey Ina. Lambat-laun nanti dia balaslah. Mungkin dia tengah berfikir untuk berjumpa dengan awak atau tidak,” Tasha Shina yang baru muncul kerana mengambil makanan di dapur tadi.

                   Burger Mc’Donal diberi satu per satu. Ina mengambil burger Chesse dan yang lain hanya mengambil burger McChicken. “apa kata kita buat rancangan untuk berjumpa dengannya,” Awyuni memberi cadangan sambil mengangkat jari telunjuk kanannya.

                “mmrrr..  macam mana? Takkan nak balas surat lagi,” Fatihah menyoal seraya menikmati burger yang baru dibuka. “tak, kita jadi spy! Hehe…” Awyuni mengambil kanta pembesar yang berada di atas meja Tasha Shina.

                     Kepala Fatihah digaru. Rambut Yuyu yang paras pinggang dibelai lembut. Awyuni tersengih mengangguk.  “semasa kita hantar surat tu, Ina dan Tasha Shina akan ikut dia,” Awyuni menjongket kening.

                       “why me? Kenapa tak awak sahaja!” Tasha Shina memberontak apabila dia disuruh oleh ketua kumpulan Super Gedik untuk menyiasat siapa Putera Idola. “Tasha. Awakkan head girl. Kalau awak dan Ina ada apa-apa masalah semasa nak jadi spy tu, awakkan pandai putar belitkan cerita,” Awyuni menjawab soalan yang diajukan oleh Tasha Shina tadi.

                       “betul juga! Saya setuju,” Yuyu berkata. “tapi.. ish! Tak sanggup saya nak masuk ke kantin bahagian lelaki. Busuk,” Ina menggerakkan bahunya beberapa kali. Fatihah pula sudah mahu termuntah-muntah apabila mendengar perkataaan BUSUK. Sememangnya Super Gedik anti BUSUK!

                     Awyuni menutup hidung seperti orang tidak tahan bau sampah sarap. “girls! Diam.. sekolah kita ni bersih tau? Apa yang kotor?” Yuyu membuntangkan matanya. Fatihah terkedu mendengarnya. “betul tu.. I think.. kita akan buat esok juga!” “kalau esok dia dah hantar surat macam mana Tasha?” Ina menyoal.

                       “this is Tasha Shina! Saya boleh uruskan. Bila dia hantar lagi bagus. Masa dia nak beredar tu kita ikut dia,” Tasha Shina memetik jari.

                      *    *     *

                           Super Gedik tercari-cari budak bernama Hakim Haikal yang menjadi posmen menghantar surat. Ina menggengam surat yang baru ditulis tadi.

                            Beberapa minit berlalu, Haikal sudah muncul sambil terjongket kening. “ini mesti perkara best!” Yuyu berbisik ke telinga Awyuni. Hanya anggukan kecil yang diberi oleh Awyuni.

                             Haikal berlajan menuju ke meja Super Gedik yang dihiasi dengan warna pink dan cukup menawan hati. “here,” sepatah perkataan yang dikeluarkan dari mulut Haikal. Surat tersebut diambil pantas dan surat dia pula diberikan kepada Haikal. Surat tersebut disambut.

                            Setelah Haikal beredar, Awyuni mengarahkan Tasha Shina dan Ina bergerak dan mengikut Haikal. Cepat-cepat mereka berdua bangun dan berjalan senyap-senyap.

                              Kelihatan, Haikal berjalan ke belakang sekolah. Tiba-tiba, Tasha Shina memberhentikan langkahnya. Ina terkejut dan memukul belakang Tasha Shina. “shh..!  dekat situ ada kumpulan lelaki! Aduh, mereka tukan pemain bola sepak wakil sekolah. Smartnya!” Tasha Shina sudah mula terpesona melihat barisan pemain bola sepak wakil sekolah itu. Ina menjeling tajam mata Tasha Shina.

                         Ina berjalan ke hadapan sedikit dan melihat sipi-sipi Haikal sedang menyerahkan surat kepada seorang lelaki. “ish! Tak nampaklah Tasha,” Ina mengadu. “ye? Kejap.. yalah! Tidak Nampak,” Tasha Shina memuncungkan bibirnya.

                    “alamak! Diorang nak datang ke sini. Cepat Ina! Beredar,” Tasha Shina menolak-nolak bahu Ina supaya cepat bergerak ke kantin.

                         Tasha Shina dan Ina berlari anak menuju ke meja mereka. “how girls? Dah tahu?” Awyuni menyoal. Kepala Ina digelengkan beberapa kali. “what! Awak buat apa dekat sana?” Yuyu sudah mula naik angin.

                          “relax! Yuyu, you shut up. Tak tahu apa-apa jangan main tunding jari sahaja,” Tasha Shina membuntangkan matanya sambil mengetuk meja. Terkedu dibuatnya Yuyu mendengarnya. Kepalanya ditunduk kerana dia tahu, walaupun dia penolong tapi kuasa Tasha Shina 1x ganda lagi tingggi!

                          Ina menarik nafas. “tadi kitorang dah cek. But, tak Nampak orangnya sebab permain-permain bola sepak berkumpul dekat tempat Putera Idola ada. Dekat belakang sekolah.” Ina memeberi tahu.

                        Awyuni mendengus kecil. “susahnya! Ish..” Awyuni menggaru rambutnya.”alah, bukan penting pun,” Fatihah berkata malas. “what? Tak penting?! Fatihah, think Fatihah. Awak nak kalau Putera Idola tu budak yang sengaja hendak kenakan kita? Ish!” Awyuni memeluk tubuh.

                            “fine.. kita baca surat tu,” mulut Fatihah dijuihkan kea rah surat tersebut.

       ##

    Wasalam Ina..

                Erk? Awak nak jumpa saya? Seriuske?! Muahaha.. agak-agak awak muka saya cam ne eh? Ok! Saya nak cakap yang saya ………………………………………. OKEY! SAYA SETUJU NAK JUMPA AWK!...................................................................................................

                 Amacam? Dah puas hati awak? Saya ada pertandingan bola sepak minggu depan dan saya rasa saya tak boleh hantar kot. I think bolehlah! Kita berkenalan secara besar-besaran! Haha..

                    Saya pakai baju warna koko, seluar jean jugak. Hehe :D :D :D boleh tak? Kita jumpa dekat KFC.. jgn lupa beli ayam goreng sekali ya?

                Okey, saya harap Super Gedik tak join sekali! Terutama Si Fatihah yang mulut murai dan gedik mengalahkan Awyuni tu! :p (jgn bagi dia baca. Nanti telinga dia berasap! Tak pasal-pasal satu kantin hangus terbakar! J) saya rasa pendek ni je ayat saya. Lagipun, saya kena pergi buat latihan bola! Chow..

    Daripada,
    Putera Idola.

    ##

                      Ina ketawa terkekek-kekek apabila Fatihah dipanggil begitu. “kurang asam punya Putera Idola! Tapi.. tak apa sebab dia handsome sangat,” Fatihah tersenyum simpul. “ceh! Perasan punya Fatihah,” Ina mengerling.

                         “okey girls! Nanti kita akan ke KLCC. Fatihah, awak jangan nak gatal mata nak jadi spy. Kalau tak.. mata awak tu saya letak cili padi!” Awyuni bercekak pinggang. Fatihah ketawa kecil.  

                    *   *   *
    Di KLCC…

                               Bibir Ina ditetap. Dia takut. Dia malu untuk berjumpa dengan Putera Idola. “Ina, come on! Jangan jadi pemalu. Awakkan seorang budak yang berani,” Yuyu memberi kata-kata semangat.  Mulut Ina tersenyum. Dia menjongket kening sambil tersenyum manis.

                                “okey Yuyu! Saya akan berusaha. Awak semua pergilah dulu. Tasha, jaga Fatihah ye?” Ina mencubit lengan Fatihah. “sakitlah Ina! Nanti merah lengan saya, nanti tak ada lelaki pandang! Nanti pandag sebelah mata sahaja,” Fatihah menggosok-gosok lengannya yang gebu. Losyen di dalam beg sandang jenama Elle diambil dan disapu di lengannya. Biar kesan cubitan tidak Nampak. Kepala Ina diggelengkan melihat karenah Fatihah yang terlebih gediknya. Tasha Shina memeluk tubuh dengan muka serius. Sememangnya Super Gedik tahu yang Tasha Shina ni jenis head girl dan jarang tersenyum. Walaupun dia ni seorang yang gedik setaraf Awyuni, tetapi dia juga masuk latihan tae-kwon-do.

                               Tasha Shina menarik lengan Fatihah dan Yuyu. Matanya dijengkelkan tanda menyuruh Super Gedik pergi shopping dan biarkan Ina pergi berjumpa dengan Putera idola.

                               Ina tersenyum nipis. Dia melangkah masuk ke dalam KFC dan mencari tempat duduk kosong dan yang paling penting tersembunyi. Sebelum itu, Ina membeli ayam goreng dan air coke 2 gelas untuk dia dan lelaki misteri yang menggelarkan dirinya Putera Idola.

                           Mata Ina mengangkap sebuah meja yang kosokng dan betul-betul di tempat yang tersembunyi. Ina tersenyum. Dia pergi ke arah meja tersebut dan meletakkan dulang. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi tersebut.

                                Selang beberapa minit… ada seorang lelaki menegurnya. “awak Ina ke?” soalnya dengan hormat. Ina terkedu. “iya.. saya! Awak ni siapa?” Ina menyoal tanpa memandang wajah lelaki itu. Lelaki misteri itu duduk di atas kerusi. “nama saya Putera Idola,” lelaki itu tersengih. “hish! Jangan buat lawaklah!” Ina menjengkelkan matanya memandang wajah lelaki itu. Ina terpukau. Kacaknya dia ni! Sekali pandang macam muka Lee Min Hoo, pelakon Korea terkenal.

                                “maaf! Saya bergurau sahaja. Nama saya Putera Affan. Nice to meet you Ina!” Putera Affin tersenyum. Ina bagaikan kelu lidahnya. Bagaikan kerongkongnya disekat dengan tulang ikan yang besar!

                               “Ina, are you ok?” berkerut dahi Putera Affan melihat Ina yang kaku seperti batu. “ehh.. ok! I’m fine always! Haha..” Ina mencubit paha kirinya. Ish! Kenapa dengan aku ni? Getus hatinya. “Ina, awak datang seorang atau S.G ada sekali?” soal Putera Affan seraya menghirup air coke yang dibeli oleh Ina.

                                 Kepala Ina dianggukkan. “saya datang dengan S.G. kenapa? Jangan risau, saya dah suruh Tasha Shina  jaga Fatihah,” tangan Ina diangkat dan buat tanda peace! “Tasha Shina? Siapa?” Putera Affan semakin berminat untuk berbual dengan Ina.

                               “ahli baru Affan. Sepupu kepada Awyuni. Jomlah, saya nak perkenalkan awak kepada Super Gedik,” Ina bangun dan meminta Putera Affan bangun. Kelat wajah Putera Affan mendengarnya. “sorry! Saya tak mahu. Saya tak mahu jumpa Fatihah. Nanti tak pasal-pasal sesuatu yang buruk berlaku kepada saya,” Putera Affan menggelengkan kepalnya. Ina ketawa kecil apabila mendengarnya. Tak sangka Putera Affan takutkan Fatihah, budak gedik yang mengalahkan ketuanya, Awyuni.  “its okey Affan. Lagipun Tasha ada dekat situ. Dia pandai mengawal keadaan,” Ina mengenyitkan matanya. Akhirnya Putera Affan terpaksa beralah dan mengikut lemah Ina.

                              Kelihatan Super Gedik sedang memilih kain yang sesuai di butik. “S.G!” jerit Ina sekuat hati. “Ina..dan itu..” Yuyu ternganga dibuatnya apabila melihat seorang lelaki yang kacak di belakang Ina.

                               “please Yuyu, don’t say it! Jangan kata yang itu Putera idola!” Awyuni menekup mulut. “OMG! Saya jeles sangat. Dia sepatutnya milik saya,” Fatihah yang baru sahaja ingin lari mendapatkan Putera Idola, lengannya sudah ditarik oleh Tasha Shina.

                        Ina tersengih memandang Super Gedik. “girls, inilah Putera Idola atau nama sebenarnya Putera Affan,” Ina memeperkenalkan rakan kenalan yang selama ini memberi surat rahsia kepadanya. Putera Affan tersenyum manis sambil menundukkan sekali kepalanya. Super Gedik melambaikan tangan.

                  Tasha Shina membuntangkan matanya memandang Putera Affan. “kau!” jerit Tasha Shina sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke wajah tampan Putera Affan. “Tasha! Tak sangka kau masuk kumpulan ni?” Putera Affan juga sudah hampit ternganga dibuatnya.

                       “tasha, awak kenal dia?” soal Yuyu. “yerr.. musuh ketat aku! Lebih mesra dipanggil sepupu aku sebelah ibu,” Tasha Shina memeluk tubuh sambil mengerling ke arah Putera Affan. “yelah tu.. tak sangka pulak kau pindah sekolah sama,” Putera Affan menjongket kening.

                          “haha! Tak sangka sepupu boleh berjumpa pula. Tak sangka Tasha ada sepupu sehansome you,” Awyuni sendiri tidak sangka. Dia ketawa kecil.

                      “shut up! Sudahlah, jom balik. Affan, esok kau datanglah kat meja kitorang. Ajak Haikal dengan Fariz sekali,” Tasha Shina menarik lengan Ina dan Yuyu.

                            *   *   *

                     Super Gedik tersenyum manja apabila Putera Affan berjalan ke mejamereka. Jangan lupa, tasha Shina langsung tidak senyum manja! Menjeling sambil mengherotkan bibir comelnya.

                     Putera Affan melambaikan tangan. “fuh! Penatnya berlatih tadi,” peluh di dahi dilap menggunakan kain. “hei.. bukan ke you ada perlawanan bola sepak,” Fatihah bersuara manja dengan menggunakan perkataan YOU dan I. nak mengorat Putera Affan katakan! “esok Fatihah. Saya harap menang esok,” Putera Affan menjawab lemah. Malas hendak layan Fatihah.

                      Tiba-tiba, meja diketuk oleh Awyuni. “ha! Apa kata kita buat pasukan sorak?” kening Awyuni dijongket tiga kali. Yuyu mengangguk tanda setuju. “betul tu! Nanti atlet bola sepak menang. Apa kata kita bincang dengan pengetua sekolah?” Yuyu bertepuk tangan. “Encik Shahzi Sham ke? Dia tu beres sahaja! Ayah saya kawan dia dan mesti boleh punyalah,” Tasha Shina tersenyum kecil. Cara senyumannya cukup comel seperti senyuman Lisa Surihani.

                     “mmrr.. kalau menang, saya nak bawak Putera Affan keluar jalan-jalan,” Fatihah sudah mula berangan. Dia tersenyum sendiri. Terbuntang mata Putera Affan apabila mendengar apa yang dikata oleh Fatihah. Nak termuntah rasanya apabila melihat aksi gedik Fatihah.

                     *     *     *
    Hari pelawanan bola sepak..

                     Setelah Encik Shahzi Sham bersetuju untuk membuat pasukan sorak, Super Gedik gembira dan terlompat terkinja-kinja. “kita buat constume waran pink!” Ina bertepuk gedik. “betul!  Tapi, hari ini dah start perlawanan tu. Macam mana nak berlatih?” Yuyu menyoal apabila teringatkan latihan. Last minute baru nak berlatih diorang ni? Ish, tak patut!

                     “its ok S.G! saya ketua pasukan sorak. Saya jamin kita punya sorakan yang terkinja-kinja ni akan meletup!” Tasha Shina bercekak pinggang sambil tersenyum sinis. “betullah! Saya lupa yang awak ni ketua pasukan sorak dan telah memenangi perlawanan pasukan sorak peringkat daerahkan? So, apa plan kita?” Awyuni mengelipkan matanya.

                     Tasha Shina menjongket kening. “angkat kaki turun kaki.. buat ayunan 3 kali sambil menjerit ‘GO SMKCPP! YOU CAN DO IT!’ “ Tasha Shina mengarah sambil melihat Ina, Awyuni dan Yuyu membuat latihan. Lagi 30 minit perlawanan akan bermula.

                     “penatnya Tasha. Kita baru buat dua step. Akan kaki 3 kali dan akan tangan 2 kali. Next step apa? Ada lagi 20 minit untuk berlatih! Susahnya,” Fatihah merungut sambil lengannya disapu losyen. “shut up Fatihah! Kalau tak mahu masuk bolehlah keluar..” Yuyu mengetap bibir marah. Marah dengan perangai Fatihah yang terlebih-lebih.

                     “I’m sorry..” Fatihah berkata lemah. “fine ok. Sudah.. jom mulakan latihan,” Tasha Shina menenangkab keadaan.


    0 ahli The Great Babes:

     
    © Copyright | All Right Reserved by Owner