Saturday 19 May 2012

Super Gedik - SIRI.1







SUPER GEDIK

  1. Inilah Super Gedik


        Empat orang gadis berjalan dengan penuh bersemangat berjalan menuju ke kantin sekolah. Siapa tidak kenal empat gadis paling meletop seperti bom nuclear di Sekolah Menengah Cheras Puteri Putera?


Ahli Super Gedik:

1.      Nur Syazuni Awani bt. Tan Sri Muyiddin Ashin (Awyuni)
2.      Roziyu Ayu Lulu bt. Dato’ Sri Ibrahim (Yuyu)
3.      Siti Fatihah Fatimah bt. Dato’ Ali (Fatihah)
4.      Nur Shazina bt. Dato’ Mustapa Alif (Ina)

          Mereka menggelarkan mereka sebagai kumpulan Super Gedik. Mereka mengaku mereka gedik kerana mereka yakin bahawa perkataan gedik sangat istemewa!
            
          Mata Awyuni, ketua Super Gedik mencari tempat duduk. Errghh!! Sudah penuh. Yuyu yang terkenal dengan sifat garang menghentak meja makan yang berada di hadapannya.
            
          “cis! Tak ada tempat kosong ke?” Yuyu sekali lagi menghentak meja makan. Ina mengetap bibir apabila melihat gelagat orang yang sedang berseronok makan sambil berbual dan bergurau senda.
         
           Kaki Awyuni menuju ke sebuah meja makan yang betul-betul berada di bawah kipas yang selesa. “dah siap cepat pergi! Ingat ni meja awak? S.G nak makan pula!” bentak Awyuni.

            “err.. maaf! Kami dah siap,” salah seorang pelajar perempuan bangun dan membawa mangkuk diikuti ahlinya yang lain. Awyuni memanggil 3 rakannya. Bagus! Sudah ada tempat duduk untuk Super Gedik.

            “hei awak. Mari sini,” Yuyu memanggil seorang pelajar lelaki yang kebetulan lalu di tepi meja.”ye..” jawab lelaki itu lemah. “tolong belikan 4 pinggan nasi lemak dan 4 cawan air jus oren okey? Baki saya bagi awak,” Ina menghulurkan wang sebanyak RM10. hamper terjojol biji mata lelaki itu.

              Ina menjongket kening apabila melihat riaksi lelaki itu. “Derahim! Kenapa ni?” Ina melihat tanda nama lelaki itu dari tingkatan 3. adiklah tu sebab mereka dari tingkatan 4. “Kak Ina, kala saya beli semua baru RM5. takkan baki RM5 akak nak bagi? Seringgit pun cukuplah,” Derahim memberitahu.

                “itu sudah dikira rezeki kau jangan banyak soallah. Kalau tak aku tak bagi upah baru tahu,” Yuyu membuntangkan biji matanya. Tidak mahu beramah mesra dengan pelajar tiada taraf! Cepat-cepat Derahim berlari ke arah tempat menjual makanan.
               
                   Fatihah bertepuk tangan dengan gaya gedik. “good Yuyu! Cara awak cakap tu akan membuatkan kita lebih berkuasa,” “well Fatihah. This is Yuyu,” Yuyu memintal hujung rambutnya.

                Sekali lagi Fatihah bertepuk tangan selang beberapa minit, Derahim muncul dengan air jus dan nasi yang dipesan. Semua makanan diletak di dalam dulang. “wah! Ini persis restoran. Macam ni, Derahim boleh jadi pelayan kita sampai akhir tahun,” Awyun tersenyum jahat. Serta-merta riak wajah Derahim berubah. ‘apa? Jadi pelayan kepada 4 pelajar popular? Dia tidak mahu! Hari ini sudah cukup dibuli, nanti sah-sah aku dibuli teruk!’ bentak hati kecilnya.

                 Satu demi satu pinggang diletakkan di hadapan Super Gedik oleh Derahim. “its okey Derahim. Awyuni Cuma bergurau sahaja. Nanti bila disuruh baru jalan!” Ina memegang bahu Derahim yang berlapikkan baju sekolah. Derahim tersenyum memandang Ina yang faham aka nisi hatinya. Memang patut pun ahli nombor empat! Derahim meminta diri untuk pergi.

                 “amboi Ina! Berani awak cakap macam itu! Awak ingat awak cakap dengan siapa? Saya ni boss awak tau?” Awyuni menghentak meja marah. Ina tertunduk. Dia tahu dia salah tetapi, dia tidak mahu budak lelaki itu dijadikan hamba.

                   “betul tu! Awak sepatutnya sokong,” Yuyu memandang tajam mata Ina. “okey.. its okey Yuyu. Inakan ahli nombpr empat yang kurang gediknya. Daa.. Ina, its okey,” Awyuni menggosok belakang Yuyu. Walaupun Awyuni sudah meminta maaf, tetapi Ina tetap geram kerana dia menyelitkan unsure negatif terhadap dia. Berani dia kata aku ahli nombor empat? Bukan dia ke yang letak aku ni ahli nombor empat? GERAM!!!

                    *   *   *
Di dalam kelas 4 Dedikasi...

                    Super Gedik berjalan lenggang-lenggong menuju masuk ke dalam kelas. Pelajar perempuan terasa mual dengan aksi tersebut.mahu dihalang, tetapi mereka 4 kali ganda lebih berkuasa! Pelajar lelaki pula ada yang bersiul, ada yang bersorak dan ada yang menjeling menyampah! Owhh.. siapakah lelaki yang menjeling menyampah itu? Walhal semua pelajar lelaki bersorak keriangan? Dia adalah Izmael Fatiman, pelajar lelaki yang amat meminati Awyuni. Pernah dia meminta agar Awyuni menjadi kekasihnya pada tingkatan 3 namun ditolak mentah-mentah.

                    “muka tak seberapa ada hati dengan saya? Hello! Cermin muka tu sikit,” kata-kata Awyuni terngiang-ngiang di telinganya. Buku sabjek Geografi dikonyok sedikit. Geram!!

                       “girls, petang ni kita ke Mid Valley! Saya dengan ada jualan murah! Sale sebanyak 70%. Dijamin kita akan untung,” Fatihah berkata dengan nada yang kuat. Biar orang lain cemburu kerana mereka bebas membeli belah walhal, orang lain terpaksa terperangkap di dalam rumah untuk belajar.

                     “tengoklah tu! Perasan,” Fatin menggemgam penumbuk! “sabar.. saya tahu awak jeles sebab S.G rapat dengan kekasih pujaan hati awakkan?” Furisha Titani memujuk Fatin.

                        Tiba-tiba, muncul seorang pelajar perempuan di hadapan pintu. “Super Gedik!!” jerit pelajar perempuan itu. “Tasha Shina!!” Awyuni terloncat-loncat apabila berjumpa dengan sepupu lamanya. Sudah 2 tahun tidak berjumpa kerana Tasha Shina berpindah ke London.

                     Tasha Shina jalan terkedek-kedek menuju ke arah Awyuni. “Yuni! Tak sangka you sekolah sini,” Tasha Shina memuncungkan bibirnya. “alamak! Sama gediklah pula,” Fatin menepuk dahi melihat aksi gedik setaraf dengan Awyuni. Memang patut pun sepupu!

                     “peewwit!! Cantik sepupu kau,” pelajar paling nakala, Azrim bersiul. Tasha Shina menjeling geram. “you kelas nombor 4? I dekat kelas nombor 3! 4 Cekal,” Tasha Shina bercekak pinggang.

                     Selepas itu, badannya dipusing memandang wajah Azrim. “hoi! Kau jangan ingat aku perempuan senang kena buli ke? Hiyaa!!” beg dompet dari dalam poket Tasha Shina dikeluarkan dan dibaling tepat ke muka Azrim yang tampan itu. Mukanya digosok beberapa kali. Beg dompet Tasha Shina diambil dari atas lantai dan dibelek-belek. ‘jenama Esprit?’ soal hatinya.

                       Beg dompet tersebut dibaling semula ke arah Tasha Shina. “alah Tasha, setakat balingan macam tu.. aiyaa..” Azrim mengangkat kedua belah tangan.

                         Awyuni membuntangkan matanya. Geram kerana ada rakan sekelas membulis sepupunya dan BFFnya juga. Belum sempat Awyuni membalas, guru mata pelajaran Bahasa Inggeris masuk. “Tasha, masuk kelas! Cikgu kamu sudah bising,” Puan Izara Eshah bercekak pinggang. Tasha Shina berjalan lemah keluar dari kelas. Baru sahaja ingin berbual dengan sepupu yang sekian lama tidak berjumpa! Tidak apa, rehat nanti boleh berbual sampai tak ingat dunia!

                     Puan Izara Esha meletakkan buku bahasa inggeris. “okey semua. Tumpukan perhatian terhadap pelajaran. Jangan asyik melepak di shopping kompleks. Tahun depan sudah mahu SPM,” ayat pedas itu sudah tentu dituju kepada Super Gedik. Namun, langusung tidak terkesan kepada kumpulan itu.
                    “betul tu cikgu. Tanyalah kumpulan gedik tu,” Izamel Fatiman menjuihkan mulutnya tepat ke arah Awyuni. “apa?” Awyuni sudah mula menengking.”sudah! diam semua. Izamel, kenapa kamu asyik menyalahkan mereka berempat. Bukan mereka sahaja yang selalu ke sana. Cikgu selalu Nampak awak ke sana dengan kawan-kawan kamu. Ingat!” Puan Izara Esha bercekak pinggang.

                   Izamel Fatiman mengetap bibir. Mukanya juga sudah merah kerana dimarahi teruk oleh Puan Izara Eshah! Sedih..

                     *   *   *
Waktu Rehat…

                      Tasha Shina berjalan menuju ke kumpulan Super Gedik. “Awyuni, tak ada tempat duduk?” “no.. kami bukannya boleh tempah! Nanti kena marah dengan pengetua sekolah. Encik Shahzi Sham. Dia tu garang tambah melucukan,” Awyuni menjawab.

                          “betul. Dia tu garang dan baik,” Fatihah membuat muka gedik. Ina menyiku pinggang Fatihah agar menyuruh dia diam. Jangan menyampuk cakap ketua! Jari telunjuk Ina diletakkan ke mulut.

                     “okey girls. Here… saya memang bukan kumpulan Super.. euu.. Gedik tergedik tu, tapi, saya ada plan untuk buat meja khas. I’m genius girls. I’m head girls,” Tasha Shina memeluk bahu Awyuni. Yuyu terangguk-angguk setuju. Dia percayakan sepupu ketuanya.

                          “but, tolong jangan nak hina kumpulan yang suci ini. Faham?” soal Fatihah. Tasha Shina mengangguk sekali. Dia mengajak Super Gedik menuju ke arah meja makan yang betul-betul di bawah kipas dan dekat dengan te,pat untuk membeli makanan.

                       Ina mengerutkan dahi. “Tasha, kenapa tercegak je dekat sini?” soal Ina. “wait.. sekejap lagi pengetua sekolah kita, Shazi Sham akan muncul. Ini jadual dia,” Tasha Shina menunjukkan jadual pengetua sekolah.

                          “owhh.. hari Isnin, pengetua akan ke kantin dan hari Khamis ya? Okey, awak memang head girl,” Ina terangguk-angguk.

                          Beberapa minit kemudian, pengetua sekolah, Encik Shahzi Sham muncul dengan gaya machonya sekali! Tasha Shina berlari anak menuju ke arah Encik Shazi Sham.

                       Tasha Shina menundukkan kepalanya dan menjemput Encik Shahzi Sham duduk di meja berdekatan yang baru kosong.

                           “cikgu, boleh tak S.G buat meja khas?” soalnya sambil terkelip-kelip mata persis gedik. “ha? Buat meja khas? Habis pelajar lain nak duduk di mana?” Encik Shahzi Sham bertanya kembali. Air kopi yang baru terhidang dihirup sedikit-demi sedikit kerana panas.

                           Mulut Tasha Shina ditetap. “cikgu, cikgu tahukan yang kumpulan S.G dikenali ramai. Ramai perempuan yang ikut trend mereka. Termasuk isteri cikgu! Puan Delima Lidyana,” Tasha Shina menyelitkan nama isteri pengetua sekolah. Dagu Encik Shahzi Sham digaru tanda sedag berfikir dengan fokus.

                                “okey. Tapi, apa sebab?” “cikgu, macam mana kalau budak popular berdiri terpacak sambil muka monyok. Mestilah ramai akan menolak trend baju terkini dan gaya mekap diorang! Temasuk isteri cikgu. Boleh?” sekali lagi mata redup Tasha Shina terkelip-kelip.

                             “baiklah. Cikgu setuju. Tapi ingat? Kalau trend kumpulan Super Gedik tak diikut oleh isteri cikgu, Puan Delima Lidyana, serta merta meja ini akan jatuh ke tangan pelajar lain,” meja tersebut diketuk. Tasha Shina bersetuju. Ish! Ini sudah macam berjanji bab pekerjaan ni!

                              Tasha Shina bangun dan berlari ke arah Super Gedik. “cikgu terima!” ayat tersebut membuatkan 4 pelajar gedik bersorak sambil bertepuk tampar.

                               Super Gedik berjalan dengan penuh sombong dan duduk di atas kerusi. Ina tidak segan silu mengeluarkan kad manilla bewarna pink dan digunting penuh berhati-hati dan ditulis di atas kertas ‘SUPER GEDIK only~’.

                               Kertas tersebut diletakkan di atas meja. Yuyu mengeluarkan buku nota. “first, beli pembalut meja yang cantik dan mahal.Tapi, bila meja ni bukan hak kita, semua barang ni kita ambil balik,” Yuyu berkata. “setuju! Saya akan beli cawan kaca dan pinggan kaca. Tak mahulah kongsi dengan pelajar lain,” bahu Fatihah digerak dengan penuh kegelian. Amboi.. Super Gedik ni nak buat kantin sekolah jadi hotel bertafaraf 5 bintang ke?

                                “Tasha, awak akan jadi mentor kumpulan ini., meja ini juga dikhaskan kepada awak juga,” Awyuni menjemput Tasha Shina duduk. “thanks! I like that,” Tasha SHina duduk di sebelah Awyuni.

                                  “saya nak letak bunga mawar juga. Mesti wangi dengan aroma bunga mawarkan?” Ina, peminat tegar bunga-bunga mula memberi cadangan. “setuju! Nanti kita balut kerusi ni cantik-cantik. Kita upah mak cik kantin agar meja ni sentiasa bersih tanpa sebarang kotora. Upah berapa banyak pun,” Awyuni menulis di dalam, nota buku Yuyu.

                                Tasha Shina menjeling apa yang ditulis oleh sepupunya. “good. Bagus idea S.G. saya suka sangat! Balik nanti kita shopping sampai meletup dunia,” Tasha Shina menjerit sekuat hati tanpda mempedulikan pelajar yang sedang enak menjamu selera. “betul! KLCC dan Mid Valley. Semua kita terjah,” Fatihah bersetuju.

                                   *   *   *

Di Mid Valley…

                               Super Gedik sibuk membelek-belek alat pembalut meja makan yang cantik-cantik. Yang paling penting mesti arona warna pink!

                                Yuyu menjerit memanggil nama rakan-rakannya. “tengok! Warna pink dan ada blink-blink sekali. Corak pun bentuk love. Cuba sentuh, macam ada diomandkan?” soal Yuyu sambil menggosok-gosok alas meja tersebut.

                                 Awyuni, sebagai ketua Super Gedik membelek-belek dan menggosok-gosok alas tersebut. “baiklah, berapa harga?” soal Awyuni sambil menjongket kening. Tanda harga tersebut dipamerkan di mata Awyuni. RM100 ringgit!

                                 “okey. Murah sahaja,” bagi anak orang kaya, RM1000 pun dikira murah. Macam makan kacang jer! Haha…

                                    Selesai membayar, mereka menuju ke arah tempat pinggang mangkuk kaca pula. Memang banyak corak dan pelbagai bentuk yang menawan hati pengunjung yang pergi ke situ.

                                  Fatihah, ibunya pengumpul tegar barang-barang kaca lebih arif mengenainya. “saya rasa kita beli yang jenis glass panjang tu! Pinggan biar ada dikoret love. Biar sia sekata,” Fatihah mengambil kotak cawan dan pinggan seraya dilayang di hadapan Super Gedik. “cantik.. beli!” mata Tasha Shina sudah bercahaya apabila melihat bentuk yang cantik itu! Memang cantik. “beli,:” akhirnya kata putus Awyuni sudah dijadikan muktamad. Fatihah mendabik dada bangga!

                                    “next, kita ke kedai bunga! Yang ini perlu teliti,” Ina berjalan keluar dari kedai barangan kaca dan berjalan menuju ke kedai bunga.
   
                                      “teliti betul-betul. Pastikan ada bau yang menyenangkan dan tidak memeningkan kepala! Tengok jenis plestik atau betul. Beli yang betul! Tengok dulu ada tak kelopak yang hancur dan jenis cecair titisan bunga untuk mengharumkan bunga pula jenis apa! Teliti tau?” Ina yang tersangat arif mengenai bunga memberi ceramah sekejap. Tapi, ceramah tersebut sungguh bagus dan menjaga keselamatan Super Gedik dan Tasha Shina.

                                       “Ina, yang ni cantik tak?” Fatihah menyoal. “erghh!! Ini bunga tahu ayam! Cuba bau, sedap tak?” Ina membuntangkan matanya. Fatihah menggelengkan kepalanya dan beredar dari situ. Dia mencari dengan teliti.

                                        Selama 30minit mencari, akhirnya, sedozen bunga ,mawar bewarna pink dan unggu yang sudah dilteliti dengan betul dibeli. Seminggu sekali akan ditukar bunga tersebut. Dua kuntum bunga akan diletakkan di atas meja dan oppss.. jangan lupa beli pas juga ya! “saya dah ada pasu yang dijamin warna yang awak semua suka!” Ina bertepuk tangan.
   
                               “okey! Bemula misi menghiasi meja kita!” tangan Awyuni diangkat. Super Gedik terangguk-angguk.

                             


bersambung di siri dua! - menghiasi meja 5bintang! 

1 ahli The Great Babes:

Ezzati said...

hye.. nice blog..

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner