Thursday 24 May 2012

Super Gedik - SIRI.2








SUPER GEDIK





2. Di Rumah agam milik Awyni
                             
                                Mata-mata menjeling. Ada yang mencebik dan ada yang menumbuk telapak tangan. Kenapa? Semestinya kerana Super Gedik dan Tasha Shina sibuk menghiasi meja dengan tona warna pink serta unggu. Encik Shahzi Sham sudah memberi kebenaran. Ada yang membangkang tetapi, beliau menolak dan turut memberi ceramah kepada anak muridnya jika Super Gedik tidak ada meja.

                                “wow. Cantik meja S.G. gedik! Gedik! Gedik!” Fatin menghentak kaki dengan geram apabila melihat Super Gedik dan Tasha Shina sedang ketawa terkekek-kekek sambil menggunakan barang-barang yang baru dibeli. Sekali lihat macam meja restorant 5 bintang!

                                 Fatin geram kerana dia dan rakannya, Furisha Titani terpaksa makan di bawah pokok dengan gaya bersila. Hilang keayuan apabila melihat pelajar lelaki yang macho tersenyum sinis memandang Fatin dan Furisha Fatini.

                                  Tiba-tiba, Puna Izara Eshah menegur mereka berdua. “kenapa makan di sini? Hilang keayuan seorang gadis tau!” “tidak cukup tempat cikgu..” mulut Fatin dimuncungkan. Mulut Puan Izara Eshah tersenyum manis.

                                       “jangan buat muka macam ni. Pelajar kelas cikgu semuanya manis seperti gula! Apa kata kamu semua makan di tempat cikgu makan nak?”

                                        “tempat cikgu makan? Tak mahu! Nanti kena marah dengan cikgu lain,” Furisha Fatini menggelengkan kepalanya. “here dear. Hari ni cikgu je ada. Yang lain ada mesyuarat. Okey?” Puan Izara Eshah menjongket kening. Fatin tersenyum memandang wajah cikgunya. Rambut bewarna koko sikit-sikit dijamin memang asli! Kulit pula sawo matang. Cantik wajahnya secantik Izara Aishah!

                                       Fatin menganggukkan kepalanya. “okey cikgu!” Fatin mengangguk semangat.

                                      Sementara itu, Super Gedik sibuk bergossip sampai sakit telinga dibuatnya! “hei.. Angelina Jolie tukan, mulut dia seksi sangat! Macam sayakan?” Awyuni memuncungkan bibirnya. Biar seksi seperti mulut Angelina Jolie, artis pujaan hatinya!

                                   “betul tu. Awak cantik sangat,” dengan nada sedikit kelat, Ina mengiayakan kata-kata ketua yang dihormati. “well! Saya memang cantik pun. Beraturlah seramai mana artis seperti Rihana, Taylor Swift, Salena Gomez atau Jasmine village pun saya tetap juara bertahan ratu cantik. Masuk Miss Universe pun saya juaranya,” dada Awyuni diketuk oleh tangannya dengan nada bangga. Betul tu, wajah Awyuni memang cantik. Mata bulat, bibir pula warna pink cair bak delima, kulit putih melepak dan pinggang ramping seperti kerengga. Jika disenaraikan, di sekolah itu memang Awyuni juaranya!

                                   Yuyu pula ditempat kedua, Fatihah keempat dan Ina kelima kerana Tasha Shina memotong jalan Ina di dalam senarai pelajar tercantik. “awak masih ingat tentang Izamel Fatiman?” bahu Awyuni ditolak oleh Yuyu. “eeuu.. don’t ask it again. Nama dia sudah cukup memualkan saya tahu tak?! Kulit tak berapa putih, ada hati!” “tapi, setahu saya Izamel tu kulit sawo matang. Pakai cermin mata pun comel tau,” Ina meletakkan kedua tangannya ke pipi.

                                       “Ina, awak memang tak ada taste yang tepat. Pakai cermin mata comel? Please, orang yang pakai cermin mata ni jenis orang yang tak ada fashion Ina. You understand me?” Fatihah menghentak meja makan. Tasha Shina terangguk-angguk.

                                             Bibir Ina diherot ke kanan dengan penuh benci. Salah ke kalau dia meminati Izamel Fatiman. Bukan dia suka, tapi dia minat kerana dia pandai dan sentiasa mendapat nombor 1. Cuma kelas sahaja nombor 4 kerana kelas nombor satu, 4 Amanah sudah penuh.

                                        Awyuni bangun dan meninggalkan meja makan, Mak Jaja cepat-cepat mengemas meja makan kerana dia diberi gaki RM 200 ringgit sebulan. Memang banyak!

                                                   *   *   *

Di rumah agam Awyuni…

                                     Sambil makan coklat, sambil online Facebook! Fatihah bersinar mata apabila seorang lelaki tampan bernama Ahron Ezim ingin berkawan dengannya. Habis terjerit dibuatnya Fatihah. Macam beruk kena belacan!

                                            “aduh.. borringnya! Facebook dah tak ada apa-apa,” Yuyu menggeliat. “online Blog,Twitter dan Myspace,” Tasha Shina memberi cadangan. “wow! Banyaknya awak sign up,” Yuyu menekup mulut.

                                        “belum lagi! Blogskin, cbox, shoutbox, churpchurp, nuffnag dan banyak lagilah,” Tasha Shina mengenyitkan matanya. Yuyu menggelengkan kepalanya.

                                           Ina pula lebih fokus dengan blogger dan membaca post terbaru daripada Lyssa Fizirin, blogger pilihan kerana memiliki hampir 5000++ followers. “apa yang awak baca tu?” soal Fatihah. “ini ha. Tengah baca post terbaru dari Lyssa Fizirin! Cantikkan blog dia? Sama macam kita,” Ina memetik jari. Fatihah terangguk-angguk sambil tersengih. Cantik sungguh blog gadis remaja berusia 20 tahun ini.

                                    “saya nak buat blog juga!” Fatihah terloncat-loncat. “mm.. tapi awak kenalah pandai edit blog tau? Mari saya ajar,” Ina mengambil laptop milik Fatihah.

                                “edit blog? Aduh! Susahnya.. awak tolong eh?” mata Fatihah terkelip-kelip. “ish.. tak kuasa saya melayan karenah gedik awak. Yelah. Saya tolong awak edit,” Ina mematah-matahakan jari jemarinya.

                                 Fatihah ketawa kecil. “good. Saya nak awak buat cantik-cantik macam blog Lyssa Fizirin ye?” Ina menjeling tajam mata Fatihah. Banyak songeh betul minah ni! Dia ingat aku ni pakar macam Lyssa Fizirin ke?

                                   “awak tempah je header dengan dia. Murah sangat!” Ina menjongket kening. “ish! Malaslah. I think Lyssa Fizirin ni kulit dia telampau putih. Mesti pakai bedak banyak. Losyen pun mesti disapu. Ha! Mata dia ni bulat besarlah. Confirm dia pakai contect lens. Cantik.. ish! Jeleouse,” Fatihah meneliti satu per satu gambar Lyssa Fizirin di dalam blog.

                                    Mulut Ina ternganga. “woi.. lari dari tajuklah!” Ina memukul bahu Fatihah. “Ina, Fatihah. Stop it. Perangai macam budak-budak. I hate that,” Yuyu memuncungkan mulutnya.

                                       “betul tu. Apa yang awak puji sangat Lyssa Fizirin tu Fatihah?” Tasha Shina membuntangkan matanya. Fatihah memuncungkan bibirnya dan menjawab “sebenarnya, saya tengah puji kecantikan Lyssa Fizirin,” Fatihah menjawab lemah.

                                      Awyuni menjengkelkan matanya. “Fatihah! Awak lupa kea pa yang saya cakap? Tidak ada orang yang lebih cantik dari Super Gedik tau? Lyssa Fizirin tu cantik sebab pakai mekap,” Awyuni berkata dengan suara yang lantang. Memang layak Awyuni menjadi ketua yang garang. Fatihah terkedu manakala Yuyu terangguk-angguk. Tasha Shina tersenyum sinis.”your right Awyuni. Saya jauh lebih cantik dari diakan?” soalnya kepada Awyuni. “yup.. saya pertama yang tercantik mengalahkan Miss Universe. Yuyu kedua, Tasha ketiga, Fatihah keempat dan Ina kelima tercantik,” Awyuni berkata megah sambil mendabik dada.

                                     Mulut Ina ternganga luas. “betul! Saya setuju. Saya tak pakai mekap pun lebih cantik dari Lyssa. Ish.. menyesal saya puji dia,” Fatihah menggosok-gosok pipinya yang halus mulus itu.

                                       Ina mengetap bibir apabila Lyssa Fizirin, blogger tercantik dihina berterus-terusan oleh kawan-kawannya. “stop it Super Gedik!” Ina menjerit lantang sambil matanya dibuntangkan. Mulut Awyni ternganga apabila Ina berani bersuara dengan lantang kepadanya. Mata Fatihah menjeling benci. “kenapa apa yang saya suka awak semua bantah. Sudahlah.. saya pergi dahulu,” Ina menutup laptopnya dan bangun dari duduknya.

                                Tasha Shina menarik tangan Ina. “Ina.. we all sorry. Okey fine, awak boleh puji Lyssa dan awak boleh edit blog awak. Okey?” Tasha Shina mengurut belakang tangan Ina.

                                  “oh.. please Tasha. Bila saya balik rumah, bolehlah saya puji kecantikan Lyssa puas-puas okey? Bye S.G,” Ina melambaikan tangannya dan memulas tombol pintu bilik Awyuni.

                                   “biarkan Tasha. Ina, bila dah puas puji.. mmrr.. kita pergi ke KLCC nak?” Yuyu bersuara dan tersenyum nipis. Ina membalas dan mengangguk. Hatinya yang tadi terbakar mula sejuk apabila Yuyu mengajaknya ke KLCC.

                                  Yuyu tersengih. “yes. Jangan marah lagi ye?” Yuyu menjongket kening kanannya. “okey Yuyu. Saya balik dahulu ye. Lagipun saya kena buat kerja rumah,” Ina ketawa terkekek-kekek.

                                 “hear Super Gedik and Tasha Shina,” tangan Awyuni ditepuk beberapa kali. Super Gedik kembali duduk di atas katil bersaiz king. Ina yang tadinya mahu pulang mengangguhkannya kerana mahu mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Awyuni. “dengan rasminya, Tasha Shina masuk ke dalam kumpulan Super Gedik yang popular lagi cantik!” Awynuni mendebakan tangannya. Tasha Shina tersengih sehingga ke pipi. Tidak sangka Awyuni memilihnya masuk ke dalam kumpulan popular tersebut. “thanks Awyuni,” Tasha Shina memeluk erat Awyuni sehingga boleh sesat nafas dibuatnya Awyuni. “okey.. nanti kita ke KLCC nanti,” Awyuni menolak lembut badan Tasha Shina. “sorry! Hehe..” Tasha Shina tersenyum nipis. Super Gedik ketawa serentak apabila melihat aksi Tasha Shina dan Awyuni. Seperti sepasang kekasih pula!

0 ahli The Great Babes:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner